Tuesday, February 28

Asyik-asyik Johan Raja Lawak

Ehh anda lagi baca blog ini. Thanks yeahh. Hari ini nak cerita la kisah diri sendiri lagi. Siapa lagi nak cerita pasal kita kalau bukan kita sendiri kan? HEHEHE. oke sambung cerita.sabtu lepas aku dan beberapa rakan lain dapat jemputan untuk join birthday anak Johan, Sodiq. Comel dia takleh nak cakap la. tapi taknak kat orang, nak dukung dia punya susah nak dapat. Sambutan ini sempena hari jadinya yang ke-2 diadakan di Hotel Equatorial KL. Macam private party jugaklah.Ramai jugak lah selebriti Astro yang datang. Antaranya Dj2 Era iaitu Ray,Haniff & Shac.Pelakon pun ada mcm Syed Ali, Bob Azrai dan Zarina Zainordin ( tak kenal sila google )

Thanks untuk family Johan yang menjemput saya ya. Apa-apa pun tiada gambar family dorang akan diupload atas menghormati pemintaan keluarga mereka. Jadi, itu aku jadikan alasan untuk aku upload gambar aku sendiri je.HEHEHE. Kalau makan hotel benda yang paling aku nanti-nantikan of course lah kambing. Yeahh. Favorite kot. makan sampai kenyang gila sampai dah tak boleh masuk dah.balik rumah menyesal tak makan banyak-banyak padahal masa tu kenyang gila.

Oke lah tulis panjang-panjang penat je orang nak bacakan.kali ni nak up gambar sendiri je. Gambar dgn Johan banyak je. Tapi taknak la upload nanti orang bosan asyik gambar ngn johan je lagipun dah upload kat FB. HEHEHE. Tengok gamba bawah tu yang dengan gadis tu, adik ipar johan. family dorg semua dah mcm kawan-kawan aku dah. tak sombong pun. Tu je lah nak tulis tengah pagi ini. nak tidur dah. jom tidur !

to : izwani zain, gi tidur lah.esok ade kelas.HAHAHA


Photobucket
Photobucket
Photobucket


Thursday, February 23

mencari rezeki Allah

Assalamualaikum pembuka bicara. Alhamdulillah skarang ni dah lebih 2 bulan aku bekerja dan segalanya berjalan dengan lancar. Dengan kerja ni dapatlah aku bantu mak sikit-sikit sebab masa belajar dulu memang aku menghabiskan duit mak aku banyak-banyak. So inilah masa untuk balas balik walaupun takkan pernah cukup. dan orang bijak pandai pernah berkata, kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri. Kaya hati dan perasaan lagi indah dari kaya harta semata-mata ;

Nak cerita sikitlah perihal tempat kerja ni ha. Minggu ini aku sangat free dan takde banyak kerja sangatlah. Tu yang download Vanilla Cokelat then tgk kat ofis dari episod 1 sampai 10. Takde keje sebab filem yang tgh dibuat ni pun dah nak siap. Tapi nak cerita minggu-minggu yang sudah. Minggu yang terlalu penat. Terlalu banyak kerja. Aku rasa ada jugak lah 20 jam waktu di office dan 4 jam hanya balik rumah mandi dan tidur-tidur itik. Beberapa hari berlaku camtu. Ada jugak rasa tekanan sampai terfikir nak cari kerja lain. Tapi bila difikirkan peluang ni hanya datang sekali. So gagahkan juga. Alhamdulillah sekarang tekanan tu reda bila ramai kawan-kawan membantu.

Dan dikesempatan ini jugak nak ucapkan Selamat pengantin baru untuk boss aku Yusry dan cik puan Lisa yang telah selamat diijabkabulkan. Pasni berseri-seri lah muka beliau. Ahad ni nak gi tengok diorang bersanding. Kena pakai baju melayu ohhh. Jangan jelly (cemburu) tau.

nak upload sikit lah gamba-gamba tempat kerja.sikit je lah.boring-boring kalau dah 2,3 pagi tu kami photoshoot lah dlm studio.rilek je.(sumber gambar dari camera syam)


Photobucket
Photobucket


IKLAN TAJAAN NASIK LEMAK SAMBAL ASING CIK MAT : JANGAN LUPA SAKSIKAN FILEM MUZIKAL TERBARU KRU ARAHAN EDRY ABD HALIM BERTAJUK '29 FEBRUARI' BAKAL DITAYANGKAN PADA HARI KEMERDEKAAN KELAK.FIRST MALAY FILM IN 3D.FILEM INI WAJIB TONTON, SANGAT MENYENTUH HATI, THANK YOU ;

Saturday, February 11

hadirmu bagaikan bidadari

Now listening : Bagaikan bidadari by Tomok

Assalamualaikum, semua. kepada pasangan bercinta lelaki terutamanya elok la hadiahkan lagu bagaikan bidadari ini utk pasangan atau isteri kau orang.sangat best lirik dia. aku yang tak bercinta ni pun layan gila.

Hari ini taknak cakap banyak sangat lah.nak post gambar je. seperti mana kawan-kawan dah tau aku dah start kerja dah nak masuk 2 bulan. kerja di KRU studios. kalau boleh memang taknak bagitahu kerja situ. sebab malu la, nanti mesti orang cakap mcm mana lah KRU boleh amek faisc ni kerja. sebab tu bila orang tanya kerja aku akan jawab kerja cyberjaya je. tak menipu pun kan. so yang baca blog ni je la yang tahu. tp entry ni sebenarnya nak post gambar aku ni je. HEHEHE ;

Photobucket

Sunday, February 5

10 perkara tentang AHMAT FAISC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terima kasih pengerusi majlis.Jumpa lagi kita.Kali ini takde dah la cerita sedih.Mungkin akan-akan datang baru ada.Kali ini nak bagitahu anda 10 perkara tentang aku.Tak kira la kau orang nak tahu ke tak.Nak post jugak tak kira tak kira ! :p

1. Ehem..bagitahu asal-usul dulu lah.aku selamat dilahirkan pada 10 Jun 1990 kat hospital daerah tanjung malim perak and now stay at selangor.sejak kerja ni sewa rumah sebijik lagi ngn kawan2 kat sri kembangan.


2. Ehem lagi.bab kehidupan sikit.Aku bukan perokok. yes! memang tak merokok.kalau gadis2 mesej dorg selalu tanya merokok ke tak.memang suka aku kalau gegirl tanye begitu.jawapnye tak lah.walaupun orang kata tak macho tak isap rokok, ape aku kisahkan.


3. Sikit pasal pendidikan.bulan 10 lepas (2011) aku baru habis pengajian kat kolej poly-tech mara ipoh.diploma in multimedia je.setahun lepas tu nanti baru konvo.buat masa ni ada jugak terasa nak sambung degree tapi belum ade rezeki maybe.doakan aku lah ye!

4. Next is aku seorang kidal.tapi yang peliknya aku kidal menulis je.buat benda lain macam main badminton,pingpong, bowling sume tangan kanan.pelik je.lagi satu benda yg best masa sekolah ngn kolej dulu bila org tengok tulisan tangan aku mesti dorg cakap macam tulisan perempuan.HAHA.terasa comel 10 minit masa tu.


Photobucket

Gambar sekadar hiasan : bersama puteri and janet masa zaman belajar dulu.lama sangat dah.gambar pun dah kotor-kotor dah.rindu mereka dan rakak-rakan lain.


5. Bab sukan pulak.masa sekolah dulu-dulu sangat layan main takraw.form 4 dulu dapatlah merasa 1st runner up peringkat daerah.oke lah tu.siap masuk website sekolah lagi masa tu.kelas kau jahh.tapi bila dah berumur ni jgn cakap nak main, nak stretching pun sangat malas.

6. Hmm lagi.sejak kebelakangan ni sangat minat tengok kasut-kasut.tapi serius masa belajar dulu ada sepasang je kasut jalan.sedih pakcik.masa belajar mana ada duit.harap duit mara lepas beli nasik bujang je.tapi bila dah kerja ni aku dah set 1 bulan 1 kasut.HEHE tapi bulan ni mcm ada gaya-gaya nak masuk 2 pasang je.

7. Masuk pulak bab harta.seriously harta yang sebenar-sebenar harta aku ada just family aku je.kalau cerita salasilah adik beradik aku agak complicated sikit.cukup lah orang tahu aku ade mak, abah, along, nabil n adik perempuan yang bakal berkahwin tak tahu bila.tapi dah tunang dah.Itu je harta aku.buat masa ni takde kereta, rumah banglo mahupun perempuan simpanan.


8. Seperkara lagi lah pasal minat ni, kalau dulu masa sekolah suka main takraw.tapi sekarang minat gile babing main bowling.dulu masa sem 5 ade gap kelas terus gi ipoh parade main bowling.murah lak situ.situ je tempat terbaik kat ipoh.main tempat lain boleh patah middlefinger dibuatnya.best kot main bowling leh release tension.kalau pasangan yg baru bercerai main bowling mesti terus dapat awek baru.


9. Makan-makan lak.kepada kawan yang selalu lepak makan tahu lah benda ni.aku tak makan sayur.mereka yang selalu lepak kedai makan selalu la dengar,' bang nasi goreng kambing taknak sayur kay '.one more thing is aku tak makan durian.tiap kali aku cakap tak makan durian feedback lazim yg aku dapat..'rugilah kau'.pnah la try masa kecik sebesar setengah kuku.memang takleh nak masuk la durian.


10. Ok lastly aku ni sangat teringin untuk gi oversea.biarlah orang cakap dalam malaysia pun tak habis round lagi.inikan pulak nak gi overseas.takpe lah.tu cakap orang.mak aku cakap, kamu kumpul la duit fais pastu gi la melancong.insyallah akan aku kumpul utk bawak mak aku sekali.dapat gi europe, perghhh! berangan dulu.


okay rakyat jelata semua yang tak berapa nak baca blog cikai ini, hamba mohon pengunduran diri untuk masuk ke kamar tidur memandangkan sekarang pun dah jam 5 pagi.jumpa lagi dan terima kasih!


Twitter

Follower setia