Tuesday, March 27

trend baru di FB & Twitter

Assalamualaikum pembaca sekalian alam. Thanks masih sudi mengelick blog murahan tanpa iklan ini. Hehe. Sebenarnya sekarang ini banyak sangat masa free memandangkan kerja pun belum banyak lagi. So boleh la update selalu sampai orang rimas. HEHE

Isu yang nak dikupaskan hari ini ialah trend baru di FB mahupun Twitter. Tak tahu dari mana dapat budaya ini saya pun tak pasti. Sekarang ini ramai sangat yang sanggup menangguhkan masa makan mereka dalam 10 saat semata untuk mengupload gambar makanan mereka. HUHU. Aku cakap camni sebab semalam dalam friend list FB aku yang tak ramai tu nak dekat 10 makanan jugak lah yang lalu kat 'News Feed' aku tu. Yang bestnya banyak makanan western je. Cuba kalau makan nasik bujang, mau dua tiga kali fikir baru share. KANNN? Mesti korang pernah buat jugakkan. Aku tak cakap salah. Sebab aku pun pernah buat ;))

Berkenaan dengan topik ini aku share lah gambar makanan yang aku beli tadi kat pasar malam putrajaya area masjid besi tu. Macam biasalah favorite aku, yong tau fu. wajib! kalau pergi KL Central confirm naik food court terus cari yong tau fu. Banyak jugak makanan best2 kat pasar malam tadi. Dah beli itu ini mulalah nampak kebab lah, ayam percik lah. Minggu depan lah balas dendam. Bye semua !


Photobucket



Sunday, March 25

LAGU - Bukan Cinta Monyet - TILU





Lirik Lagu Bukan Cinta Monyet - Tilu Band


Cinta monyet (3x)

Kau rayu aku
Kau kata kamu
Cinta
Ayat-ayat cinta
Dari mulutmu
Menggoda
Sedikit pun oh kau
Tak kenal aku
Tapi mahu mahunya
Kau rayu diriku...

Ku tak mahu...
Tak mahu tak mahu
Kusakit hati...

Ku tak bisa
Tak bisa tak bisa
Engkau bohongi...

Cintaku bukan...
Cinta monyet lagi
Cinta cintaku...
Bukan cinta cintaan

Kau kata cinta...
Setinggi langit biru
Kau kata cintamu...
Lebih dari cintaku

Sedikit pun oh kau...
Tak kenal aku
Tapi mahu mahu nya
Kau rayu diriku...
Ku tak mahu...
Tak mahu tak mahu
Kusakit hati...

Ku tak bisa
Tak bisa tak bisa
Engkau bohongi...

Cintaku bukan...
Cinta monyet lagi
Cinta cintaku...
Bukan cinta cintaan

Suka hatilah engkau
Cinta mestilah cinta
Cintaku bukanlah
Cinta cintaan...

Cinta monyet uuu uuu
Cinta monyet uuu uuu


Friday, March 23

sabtu yang berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera lahhhh. Bosan gila sabtu ni. Housemate ada yang tidur lagi ada yang pagi-pagi lagi dah kuar. So tinggal la aku ngan Syam yang segar terjaga. Kejap lagi petang sikit mahu ke office alang-alang takde buat apa kat rumah baik pergi buat kerja yang berlambak-lambak tu. Minggu ini tak balik rumah mak lagi buat minggu ke-2. Minggu depan gaji rasanya mesti housemate ajak berpoya-poya punya. HUHUHUHU harap-harap lah gaji on time.

Hari ini nak upload la gambar antara benda yang ada kat rumah sewa aku ini melambangkan apa yang aku buat hari-hari ketika bosan. sory wahai stalker, kali ini takde gambar bini orang dalam post aku. thanks ;))

Iklan : Nantikan filem Hollywood pertama Malaysia 'Vikingdom' terbitan KRU Studios arahan Yusry Abd Halim. Trailernya sedang dikerjakan ketika ini. Dah siap trailer nanti aku share oke. Filem dijangka siap awal tahun hadapan.


Photobucket




Thursday, March 22

LAGU - Angkasa by Diandra Arjunaidi






Lirik lagu Angkasa by Diandra Arjunaidi
Jika ku tuliskan
Sepucuk surat cinta oh bagimu
Mungkinkah ia mampu
Mengubah fikiranmu
Tentang diriku yang sayang
Menanti ketibanya hari

Ke angkasa
Dan kembali
Ku tetap berada disisi
Cinta kita bagaikan fantasi
Kau lah yang ku miliki
Kau lah yang ku mencari
Selama-lamanya

Walaupun kita dua insan
Yang tak pernah memahami
Diri kita yang berlainan alam
Tapi takdir kita bertemu
Dan ku tak akan lepaskan
Perasaan ini

Dan sayang mungkin kita
Tak harus kekal begini
Dan sayang kita harus
Menempuhi realiti
Realiti.. realiti..

Tuesday, March 20

putrajaya hot balloon 2012


Assalamualaikum semua. sebenarnya ni repost dari post yg sebelum ini terpaksa aku padam kerana orang menyangka intronya aku tujukan pada seseorang. amat bodoh orang itu kerana sanggup buang masa inbox kepada tuan punya badan kononnya aku tujukan pada dia.kau bodoh! itu je nak cakap.

oke kembali kepada tajuk di atas dahi, aku ni dari zaman belajar dulu lagi sesekali ku rasa teringin nak ke pesta belon panas kat putrajaya ni. tapi dulu kan belajar lagi kat ipoh. macam tak berbaloi lak dari ipoh pergi tengok belon tu. tapi sekarang umah sewa aku dengan putrajaya pon tak sampai 15 minit so ajak terus housemate pergi. naik kereta Wan J, thanks wan mmmuahhh! sampai sana panas nak meninggal, cari parking pastu jalan-jalan situ. belon udara tu punya lah lambat nak naik. so jalan-jalan. yang bestnye banyak tangkap gambar kalahkan fasha sandha dan jejai pulak. siap buat video lagi (nanti lah share). yang sedih nya gambar syam takde sebab die kan photographer handalan. HAHAHA.



tunggu punya tunggu lambat sangat lah belon tu nak naik. kami pun decide nak pergi Pullman Lakeside lebih kurang camtu la nama dia. 1 tempat yang aku teringin nak pergi gak dari dulu sebab orang kata tangkap gambar situ dari tak hensem boleh jadi hensem. pergi-pergi tengok ramai pulak cebisan manusia kat situ. ada yang tengah buat video wedding. spoil betul la mereka ini. jadi kitorang lepak-lepak situ isap rokok dua, tiga kucing berlari pastu gerak. tapi best lahhh. gaya penceritaan yang pendek tu yang nampak tak best.dari Pullman terus ke office. dekat je kan. masuk office sebab nak edit video yang di shoot tadi. untung ada kawan-kawan editor. hahaha.



ha nahh. nak tunjuk gambar-gambar yang ada sikit. gambar Syam Creativeheart yang amek. memang terbaik la photographer ni. aku share sikit je lah. banyak sangat.






Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket



Thursday, March 15

LAGU - Andai Ku Bercinta Lagi by MOJO


Lirik lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati ;


Monday, March 5

zaman kolej syurga dunia

Yeah! bye. itu je nak cakap.Huhuhu.oke jumpa lagi buat ke-200 kalinya. Macam biasalah kalau aku dah terjaga tengah-tengah pagi ini taktau nak buat apa belek-belek laptop tengok gambar aku lama-lama (maksudnya gambar yang lama,bukan baru)

Jumpalah gambar-gambar masa belajar dahulu kala. Macam dah lama sangat pulak kan. Gambar di bawah masa shooting commercial video utk subject Effective Communication Strategies.Masa ni group ngn Naila, zie dengan nor.Yang tak kenal tu takyah la google.Takkan jumpanya. Rindu gila masa belajar dulu. Walaupun banyak susah dan dukanye, serius pengalaman paling best is masa belajar dulu lah.Bila dah habis belajar susah nak dapat rasa macam tu balik. Bila dah habis belajar, nak sambung belajar balik memang hmmm lah kan.So, kepada mereka yang still belajar lagi, nikmati la hidup anda sebagai student dan jangan sesekali hanyut. Bye!

p/s tolong endahkan keadaan aku yang seperti tak terurus+gemuk2 comel gitu, biaselah masa study macam tu lah rupanya.


Photobucket
Photobucket


Twitter

Follower setia