Friday, April 20

makan malam bersama artis naungan astro

assalamualaikum tuan dan puan semua.rasa lama tak update blog kan.hahaha.bangun pagi ini kena lah mulakan hari kita dengan perkara-perkara positif dan buangkan segala sampah yang ada dalam fikiran kita.buang jauh-jauh ! bangun-bangun ucap alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menarik nafas dan menatap alam bumi yang indah ini.

cakap pasal alhamdulillah.alhamdulillah baru-baru ini aku dijemput untuk hadir ke majlis makan malam untuk meraikan artis naungan astro yang telah berjaya merangkul anugerah di ABPBH baru-baru ini yang diadakan di Sunway Resorts and Spa. artis tersebut ialah Johan, Hafiz, Zizan dan Aaron Aziz. aku dapat jemputan dari keluarga Johan sendiri untuk sama-sama meraikan majlis itu. pada malam itu first time lah aku dapat sampaikan ucapan tahniah untuk Johan secara langsung.sebelum ini sms je.

pada majlis itu turut hadir ialah Pak Nil, Datuk Yusof Haslam dan isterinya selain jemputan-jemputan VVIP yang lain. pada majlis itu juga bersama turut meraikan ulangtahun hari jadi Zizan dan juga isteri kepada Aaron Aziz yang sangat cantik.mari tengok gambar sikit ya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

itulah sedikit sebanyak gambar sekitar majlis.banyak lagi sebenarnya gambar yang cantik-cantik dan standard wartawan majalah hiburan.tapi itu untuk page yang aku dan juga family johan kendalikan iaitu FACEBOOK : JOHAN FC. susah jugak jadi photographer hiburan ini bila sebelah kita ada lagi berpuluh photographer yang lain.tapi takpe aku dah biasa dah sikit.

oke tak lupa jugak nak ucap thanks kepada syam yang sudi ikut aku ke majlis ini.dan syam agak rajin pergi tangkap-tangkap gambar.tu yang aku suka tu.taklah aku bawak untuk duduk makan je kan.dan tiap kali bawak kawan-kawan suka aku tengok reaksi mereka bila ada antara artis yang first time mereka jumpa.macam syam ni dari hari tu cakap nak tangkap gambar dengan johan.akhirnya dapat jugak.nanti ada event lain ingat nak bawak semua housemate itupun kalau koata cukup la.selalu jemputan dapat untuk 2 orang aje.

orite dah cerita panjang dah masa ini.best jugaklah majlis ini walaupun takde persembahan ke ape.yang penting makan tu ada.5 star hotel punya makan memang berselera aku lah malam tu.kalau pergi hotel aku memang jaranglah sentuh nasi sebab nasi kat warung cik senah pun ada kan.so aku makan western je.hahaha.oke lah penat dah taip panjang-panjang.lastly nak ucapkan sekali lagi tahniah kepada abg Johan lepas dinobatkan selaku artis lelaki komedi paling popular abpbh 2011 baru-baru ini.johan je yang layak untuk menerima anugerah ini.dan setiap majlis johan yang aku pergi mesti nak tangkap gambar jugak dengan dia.hehe makin sayang pulak.hehehe amboi! oke kepada anda semua teruskan mendengar JOHARA pagi Era.ERA kini hanya memainkan muzik hits terbaik.hahaha iklan boss kejap.tengok gambar dan bye !

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Upcoming post : Video sepanjang majlis ini

Friday, April 13

impian tercapai

Assalamualaikum semua ya rakan.bertemu lagi lahhh kat sini.Alhamdulillah tempoh hari aku dapat jemputan mewakili Johan FC utk menonton filem Berani Punya Budak arahan Afdlin Shauki.Cerita tu memang lawak tahap dewa lah.Sebab asalnya cerita tu bahasa Thai tapi Adflin Shauki menggunakan kekreatifan die mengalih bahasa Thai tu ke bahasa Melayu. yang lawaknya dialog tu memang kena dengan gerak mulut die.memang lawak gila cerita ini.Untuk korang yang nak tengok cerita yang boleh buat korang gelak dari mula sampai habis ini lah ceritanya Berani Punya Budak di pawagam 26 April 2012.

Mengenai tajuk impian tercapai di atas, hehehe. sebenarnya dari umur aku belasan tahun aku minat gila kat Dira Abu Zahar. Ala, pengacara Melodi tu. dari dulu aku minat die masa jadi Anggun dalam cerita Merah Putih tak silap aku tajuk die.memang dari dulu teringin nak jumpa dia.selama ni nampak artis lain macam biasa-biasa je kecuali Lisa Surihani.tapi bila aku nampak dira ni.excited die lain macam.lama gila kot minat dia.nampak die terus aku gi kat dia mintak tangkap gambar.nak tengok kan? nah.

Photobucket
Inilah Dira yang cun melecun I love u.huhuhuhu


oke sambung balik cerita tadi.masa preview filem tu turut hadir ialah Awie, Riezman, Afdlin selaku pelakon utama.Ada juga artis-artis lain yg datang bagi sokongan seperti Amir Raja Lawak, Datuk Eizlan Yusoff dan ramai lagi.

Macam biasa kalau ada preview-preview ni ramai blogger akan dijemput memandangkan blog-blog kini memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi kepada anda di luar sana.cewahhh.Antara blogger yang hadir Nisa Kay. Nisa agak famous dikalangan blogger dan merupakan kawan rapat kepada housemate aku.


Photobucket
inilah nisa kay ;D


Oke penat taip panjang2. Kat ofis ni ha, walaupun hari sabtu sebab kerja banyak.curi masa nak update blog kejap.Nak baca sinopsis filem Berani Punya Budak klik SINOPSIS, untuk trailer klik lah TRAILER. dan banyak lagi gambar di bawah.scroll saja oke.Siap ada amir tu yang tak tahan tu. Bye semua.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket






[FILEM] Berani Punya Budak by Afdlin Shauki


Sinopsis filem Berani Punya Budak arahan Afdli Shauki :

Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan  perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?



Photobucket

Tuesday, April 10

kenduri dan sunway

now listening : westlife - season in the sun

Tengah-tengah malam macam ni memang masa sesuai untuk update blog ni ha. perut dah penuh gila. asalnya dah makan makanan pasar malam, pastu kawan rumah ajak keluar makan lagi. terus pegi makan lagi sekali. itu antara sebab-sebab berat saya meningkat dengan membabi buta.

Okay sambung cerita. hari ni nak tunjuk gambar masa pergi kenduri lecturer aku. lecturer yang paling sempoi kat tempat aku belajar dulu. masuk kelas pakai selipar rileks je. hahaha. tapi cara mengajar die mcm pro. yang tak faham senang je difahamkan kecuali dah bangang sejak lahir. selamat pengantin baru sir faisal ngn isterinya yang cun melecun pada hari tersebut, puan as aziz. sejak aku masuk kolej sampai habis kolej ramai jugak kenduri lecturer aku pergi. nak jadi lecturer lah nanti. senang jumpa jodoh.huhu. niat di hati nak jumpa someone kat majlis tu tapi tak berkesempatan. oke ada gambar sikit sekitar majlis. gambar dari camera syam dan admal.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

begitulah sedikit sebanyak gambarnya. banyak gambar menggedik je pun.sehabisnya pulang dari kenduri tu kitorang pun tak tahu nak ke mana. memandangkan ada antara kitorang yang lama tak jumpa, kitorang pun decide nak lepak sunway pyramid kejap. aku kalau sebut sunway pyramid memang aku nak pergi dari hari tu lagi tak dapat-dapat.akhirnya dapat terus angkat sepasang kasut.gaji nanti pergi lagi insyallah. hu hu.

kat sunway tu nampak lah orang main ice skating. teringat lah dulu pernah pergi main ramai-ramai. ice skating ni satu2nya sukan yang menampakkan diri aku bodoh. hahaha. nampak senang je nak main nya. tapi aku memang takde bakat dalam sukan berais ni.

Photobucket

oke dah.kat sunway takde wat ape sangat. teman timah, syam ngn razi main archery. niat di hati nak main. tapi takut sekali lagi nampak bodoh. terus tak jadi main. tengok diorang main mcm pro je. gila la.

habis diorang main, tak tahu nak kemana pergi lah lepak mcd. makan-makan sbb makanan kat kenduri tu pun dah hadam dalam perut.lepak mcd tu memang best lah. tambah-tambah ade kawan-kawan yang lucu macam wan ngn ja'a. ade timah pulak. tapi timah tak lah kelakar sangat. hahaha. lepak mcd tu lama gila. kalau jadi staff mcd dah siap tuka shift dah. hahaha. dah taknak lah taip panjang-panjang. penat dah. nak share jugak lah gambar yang ade timah biarlah dia nak marah pun.huhhhhhh !

Photobucket
Photobucket
Photobucket

JUMPA LAGI YA !

Sunday, April 8

lisa surihani dan ABP

pheww.saje nak update blog lagi lah.kali ni nak menunjuk gambar aku dengan isteri boss aku.huhu.actually selalu sangat jumpa akak cantik ni kat office.selalu sangat masuk tempat aku sebab situ lah tempat husbandnya selalu ada.lisa ni seorang yang sangat suka senyum kat orang.tak sombong lah senang cerita.tiba-tiba teringat tengok cerita lagenda budak setan kat wangsa walk.huhu.hopefully lisa surihani menang 1 award malam ni kat ABP.



Photobucket


sebelum start live Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 kejap saja lagi.saja lah aku nak bagitahu pilihan aku selaku pemerhati hiburan tanah air.hahaha.
*dalam kurungan () adalah calon lain tidak mengikut turutan

Penyanyi lelaki paling popular - Faizal Tahir ( Aizat, Anuar Zain, Black, Hafiz )
Penyanyi wanita paling popular - Najwa Latiff ( Shila Amzah, Alyah, Yuna, Stacy )
Artis duo/ berkumpulan - 3 Suara ( Forteen, 6th sense, Bunkface, MUH+Hazama )
Artis baru lelaki - Johan Asari ( Hazama, Awi Rafael, Aeril Zafril, Beto )
Artis baru wanita  - Najwa Latiff ( Tasha Shila, Neelofa, Nur Fathia, Izara Aishah )
Pelakon filem lelaki - Aaron Aziz ( Shaheizy sam, Syamsul Yusof, Bront, Adi Putra )
Pelakon filem wanita - Lisa Surihani ( Yana shamsuddin, Maya Karin, Diana Danielle, Eja)
Pelakon TV lelaki - Aaron Aziz ( Remy Ishak, Adi Putra, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi )
Pelakon TV wanita - Nora Danish ( Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha, Rozita Che Wan)
Artis komedi lelaki - Johan (Zizan, Afdlin, Nabil, Along)
Artis komedi wanita - Sharifah shahira ( Norkhiriah, Didie Alias, Kenchana Dewi, Enot)
Pengacara TV lelaki - Aznil HJ Nawawi (Zizan, Faizal Ismail, Awal Ashari, Ally Iskandar)
Pengacara TV wanita - Fara Fauzana ( Raja Azura, Shera, Cheryl Samad, Nurul Syuhada)
Penyampai Radio lelaki - Faizal Ismail ( Aznil HJ Nawawi, AG, Halim Othman, Khairil)
Penyampai Radio wanita - Fara Fauzana (Linda onn, Raja Azura, Aby Fana, Sharifah Shahira)

*yang betul-betul aku harapkan menang adalah Johan Raja Lawak dan Najwa Latiff ;))


Saturday, April 7

kasut oh kasut

Assalamualaikum pembuka bicara.hey korang korang dan korang.saje je nak menaip malam ni rajin sikit plus tak boleh tidur.entry ni just nak bagitahu, teringin nak ada banyak kasut.huhu.masa belajar dulu lagi teringin tapi nak beli kenalah ade duit.Alhamdulillah sekarang dah ada kerja, boleh la capai apa yang aku inginkan tapi tu pun setelah selesai tanggungjawab memberi wang belanja untuk family dulu.ada lebih baru la boleh fikir kasut  ke, baju ke kan.girlfriend or kahwin belum ada dalam pemikiran.hehehe ;D

Kalau cakap pasal kasut, aku ni tak lah memilih kasut yang sampai 700 ke 800.kerja bodoh la tu.asalkan kasut boleh pakai jalan sudah la.niat aku cuma taknak campur aduk kan kasut kerja dengan kasut jalan.takut cepat rosak dan cepat busuk.HAHAHA.tu je nak bagitahu.selamat malam pembaca semua.hargai sangat persinggahan anda.saya je tahu berapa jumlah pageview setiap kali entry baru saya pos.thanks all ;))




Photobucket


upcoming story : sepanjang persandingan lecturer sempoi gua, sir faisal dan isteri.


Wednesday, April 4

hello, London Weight Management?

Hello, this is London Weight Management right? i call utk book pakej paling mahal dan berkesan untuk kurus, ramping dan kacak bergaya. ade tak? HAHAHAHA! tension, tension..nak aje aku call sekarang. tension berat makin meningkat.

Cukup sebulan lebih untuk tarikh timbang berat. Pergi lah timbang berat kat Giant depan umah ni. Mengecewakan hasilnya. Makin jaga makan makin naik pulak berat badan. Tiap hari lunch nasi separuh pon takde effect. Kena minum Herbalife la ni kot. Usaha lagi fais, bulan depan tengok pulak camne. Orang cakap kalau frust makin kurus kering tak makan, nampak sangat tak frust. Kalau sedih jangan tunjuk. Tiap kali sedih makan dan terus makan. Terus lupa segala kesedihan. Serius. Sekian terima kasih datang lah lagi.

p/s dapat jemputan pergi tayangan perdana filem Afdlin Shauki (takde kena mengena dengan kerja). insyallah kalau pergi akan di update gambar dan berita sepanjang majlis. stay tune!

Photobucket

Twitter

Follower setia