perlawanan berlangsung rancak.cuma dicemari letupan mercun dan pancaran laser yang bagi aku fenomena biasa bolasepak Malaysia.bila sebut pasal pancaran laser yang di protes oleh penjaga gol Indonesia,Markus,sebenarnya itu adalah contoh semangat tak sporty langsung.dan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengugut tidak mahu meneruskan perlawanan jika pancaran laser berlaku kepada pemain mereka.ini dianggap tidak adil kerana ketika di perlawanan di peringkat kumpulan antara dua pasukan ini di stadium gelora bung karno,jakarta awal disember lalu penjaga gawang Malaysia ketika itu Sharbinne Alawee juga menerima nasib yang sama.tapi tiada sebarang protes oleh pasukan kita mahupun FAM walaupun kita tewas dengan jaringan yang besar.jadi terimalah kekalahan itu dengan hati terbuka.
disini aku nak highlight beberapa pemain yang aku anggap sebagai tunjang kejayaan Malaysia semalam.keempat2 pertahanan terutama Mahali Jasuli,pemain gantian Ashaari Shamsudin,gerakan Norshahrul Idlan Talaha dan penyudahan tajam dari Mohd Safee Sali.
tahniah dari kami rakyat Malaysia yang memenuhi segenap ruang stadium.
beberapa gambar sekitar luar dan dalam stadium untuk anda tatap.apa2 pun berbanggalah menjadi rakyat Malaysia.jangan hanya memandang liga luar sahaja."If you are ashamed to stand by your Colours,you better seek for another Flag "
-Mokhtar Dahari
No comments:
Post a Comment