Saturday, May 19

jadi recording artis

Hai Hai Assalamualaikum korang.lama gila kucing tak update blog kan.hihi.maklumlah takde masa.untuk pengetahuan korang (taknak tahu pun takpe) aku semenjak dua menjak ni memang busy tahap perdana menteri india.memang banyak sangat kerja tak terkira.masuk ofis pukul 10 pagi, pukul 10 malam belum tentu balik lagi.selalunya pukul 10 malam tu aku balik rumah untuk mandi2 je.then masuk office balik sampai pukul 7 pagi esok baru balik rumah then pukul 10 pagi masuk kerja balik.boleh bayangkan tak? kihkih

Warga emas cakap jangan merungut atas apa yang kita buat.tak baik kan.aku tak merungut malah bersyukur walaupun penat sekurang-kurangnya ada sumber rezeki yang halal untuk tolong family.aku fikir boleh je berenti kerja rehat duduk rumah korek hidung.tapi siapa nak tolong mak aku cari duit kan.so kerja je lah walaupun penat.tapi berbaloi la penat tu.nanti kat wayang habis je cerita ada nama aku(buat filem kan) hihihi.

Actually banyak sangat benda+gambar nak tunjuk.Sebab banyak terjadi dalam tempoh sejak dua menjak ini.Antaranya aku pergi recording talk show Johan bertajuk 'Acaner tu Johan', pastu pergi Super Spontan bagai.tu semua takde kena mengena dengan tempat kerja aku.huhu.oke cakap pasal rancangan 'Acaner Tu Johan' sikit.first talk show Johan yg diterbitkan sendiri oleh syarikat produksi dia JWH Sdn Bhd.dalam rancangan tu setiap episod ada artis jemputan.dan ada beberapa segmen dalam setiap episod.semua segmen memang best.yang penting aku siap jadi extra tau untuk 1 episod tu.tu yg paling penting nak bagitahu sebenarnya.hihi.nantikan 'Acaner Tu Johan' bulan Jun nanti di Astro Warna.

Oke mengenai tajuk di atas.jadi recording artis dah aku sekarang.haha korang mesti tak percaya.tak apa lah.baguslah kalau tak percaya sebab aku tipu.sebenarnya saja je nyanyi2 lagu kat bilik audio.suara tak sedap pun boleh jadi sedap.hihi.nah tengok gambar sekeping dan bye !


Photobucket

2 comments:

PemilikCahaya said...

lama-lama jadi retiss la ni...mula2 memang kerja belakarn tabir jer..lelama jadi leteww pelakun ke apa ke..kan? tahniah weyh dah ada kerja tetap..

ahmat faisc said...

thanks shapit.

Twitter

Follower setia