Sunday, May 27

sakit penyakit silih berganti pedih

Wahh tajuk taknak kalah. maaf andai entry ini little bit emotional. memang aku sangat beremosi ketika ini. susah untuk kita duga perjalanan dalam hidup kita ini. kenapa diberi bahagia andai pengakhirannya derita? ada pula yang hidup dalam penderitaan tapi pengakhirannya menemui kebahagiaan. itu lagi baik sebenarnya. dalam bulan ini, terlalu banyak pahit, sakit, suka duka aku lalui. walaupun secara zahirnya nampak aku oke senyum, gurau-gurau merepek macam selalu tak semua tahu dan faham itu semua hanya untuk hiburkan hati sendiri. siapa lagi yang nak hiburkan hati kita. tp ternyata kata-kata orang sangat betul, kawan ketawa mengilai-ngilai mudah nak cari, kawan menangis semua pergi (lain sikit bunyi).

Cerita pasal bulan ini tadi. terlalu banyak benda terjadi. pertama adalah masalah kewangan. huh! tak suka benda ni. tengah bulan duit aku dah putus (habislah). ini semua gara-gara seluar jeans aku jahanam then terpaksa beli seluar baru menggunakan duit yg aku dah bajet utk makan tu. lepas tu mulalah bila dah takde duit jadi pengemis sekejap mintak tolong kawan-kawan setia. siapa pulak yang dah gaji tengah-tengah bulan kan. mak aku akan jadi orang terakhir aku mintak kalau aku ade masalah duit. sebab aku pun tahu keadaan mak aku. selamat ada kawan yang bantu.

lepas satu masalah satu lagi masalah. kesihatan pulak. demam lah penyakit paling aku tak suka sekali. macam-macam kerja tak jadi. berhari-hari jugaklah aku tahan demam tu sampai mak aku paksa pergi jugak klinik walaupun malam. tapi aku dah la tak larat. takkan nak naik moto ke klinik memalam buta. biar kita sakit macam mana pun jangan sesekali menyusahkan orang. esok pagi tu barulah aku dengan keadaan tak larat+lemah bawak lah motor pergi hospital putrajaya.then hospital tu boleh suruh pergi cari klinik pulak.pusing lah 1 putrajaya.then dapatlah jumpa doktor dan bagi ubat yang macam taknak bagi je. antibiotik pun takde.mentang-mentang aku bayar seringgit je.

sampai sekarang ni masih rasa sakit-sakit lagi. demam dah oke sikit tapi pening tu sampai sekarang ada. berdenyut pulak rasanya. dugaan datang lagi. masa aku tengah taip ni telinga aku tengah sakit sangat-sangat sampai aku tak boleh tidur. (jam menunjukkan waktu 5.30 pagi). sakit sangat. kalau dulu ada je tempat aku mengadu kalau sakit (mengada) sekarang dah takde.hihi. kalau si dia tanya khabar pun aku dah bersyukur sangat. tapi takpelah. jangan nak harap lebih lah. benda dah lepas.

bulan depan (Jun) aku harap sinar baru akan muncul dalam hidup aku. maksud aku takde lagi lah masalah berat-berat timpa. memandangkan bulan 6 ni pun birthday aku kan. taknak lah sedih-sedih. ingatlah ya, tak semua orang tahu perasaan kita. apa yang mereka nampak hanyalah luaran kita. sakit sedih kita, hanya kita je yang tahu. biarlah mereka bahagia (takde kena mengenakan?).
bertanya khabar kepada orang sakit pun dah cukup menjadi tonik semangat untuk pesakit tu untuk terus menjalani kehidupan beliau. tak mintak lebih tanya khabar pun dah ok. harap andai ada yang membaca post ini tolong doakan kesihatan saya ya sekali sekala. terima kasih tau.ingatlah sakit itu ujian dan tanda sayang Allah kepada hamba-Nya. kepala sangat pening saat ini.tambahan pula telinga buat masalah saya cuba tidur dulu ya.kejap lagi nak kerja.selamat subuh semua.kalau baca petang selamat petanglah ya :)

Photobucket

1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

Twitter

Follower setia