Monday, June 11

KRU 20th Annivesary Showcase

Yeahhh yeahh ! Assalamualaikum semua kawan dan taulan. Harap anda semua gembira dan sihat-sihat hendaknya. terima kasih mengunjungi blog saya ini. hihi poyo ayat. alhamdulillah 10 Jun yang lepas genaplah umur aku yang ke 22. alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memberi aku peluang untuk menghirup udara di dunia ini. tahun ini hari jadi aku agak special. sebab kali pertamanya disambut sekali dengan ahli keluarga yang lain ramai-ramai. sebab sebelum ini sambut dengan kawan-kawan baling tepung, telur, washing machine dan sebagainya. kali ini lebih bermakna sebab adik aku turut join sekali.


Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada mereka yang wish tak kira di facebook, twitter, sms ke ape semua termasuk yang call juga. terima kasih juga pada facebook kerana mengingatkan ramai orang tentang birthday saya. haha. ramai jugak yang post kat wall di facebook penat jugak nak mereplynya tak kisah la org wish tu ikhlas ke tak asalkan aku reply ikhlas kan? kan?

Kebetulan jugak pada 10 Jun tu, sebuah kumpulan muzik ternama merangkap majikan aku iaitu KRU menyambut ulangtahun mereka yang ke 20. sambutan diadakan di Neverland, Jalan Kia Peng KL. sangat-sangat meriah. artis di bawah naungan Kru dan artis yang pernah terlibat dengan projek Kru dijemput untuk membuat persembahan khas di majlis itu. Antara yang membuat persembahan V.I.P, Forteen, Jaclyn Victor, X-Factor, Mojo Band, Mira Tilu dan ramai lagi. Dan yang paling ditunggu-tunggu kumpulan Elite juga turut serta. ternyata persembahan diorang masih bertenaga.

Semestinya yang datang malam tu semua nak tengok Kru. Sepanjang showcase tu bila didengarkan lagu-lagu Kru tak kira lagu baru atau lama semua peminat dah boleh hafal. dahsyat jugak penangan Kru. Bila diorang start menanyi yang penonton kat bawah dah macam histeria dah. tambah-tambah bila part Yusry nyanyi. gila betul peminat diorang. salute lah! Kitorang staff-staff Kru Studios semua duduk kat atas. tempat vip la konon. artis apa semua lepak kat atas. forteen terbaik tak sombong tau tambah-tambah Izzue Islam jambu. siap wish birthday aku lagi. sumpah aku bangga dengan adik beradik Kru ni. dorang punya visi dan misi untuk company sangat jauh dan mengagumkan. dan mereka belum tumpul dari segi persembahan masing-masing masih bertenaga walaupun tak semuda dulu. untung dapat boss famous.saudara tanya kerja mana sebut nama company je tak payah nak explain panjang-panjang. hihi.penat lah taip panjang-panjang. macam biasalah kalau takde gambar tak sah la kan. nak tengok gambar la tu kan?

oke sebelum tu nak bagitahu gambar-gambar ni semua dari camera syam. photographer prefessional merangkap kawan aku. ada sikit yang aku tangkapkan. aku cuma edit gambar ni jadi hitam putih. hihi. kepada anda yang tercari-cari photographer yang hebat untuk sebarang majlis anda boleh klik di Creativeheart Photography gerenti puas hati. nah tengok gambar2 ni tau.terima kasih.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments:

Twitter

Follower setia