Tuesday, December 25

Photoshoot selepas konvokesyen ku bersama rakan

Hello anda. Sudah berkurun rasanya blog ini tidak ditelaah oleh ku apatah lagi diupdate. Huh hari ini sempena cuti hari natal ni boleh la curi masa dan juga hati untuk mengehapdet blog ini yahh. Kalau nak diceritakan atau digambarkan banyak lah peristiwa penting yang terjadi. Antaranya majlis konvokesyen Kolej Poly-Tech Mara yang kucintai dan kurindui selalu ecehh.

Dah lama sebenarnya konvo itu berlangsung. Kalau kucing tu beranak masa lahir sekarang dah tua rasanya. Tapi disebabkan malas dan busy terpaksa lah tangguhkan dulu nak pos gambar ke apa semua. Busy sesangat tapi alhamdulillah filem yang tengah buat ini pun dah nak siap. Katanyalah tapi tak tahu bila siapnya. Nantikan je la filem yang sangat Hollywood. *iklan

Nak buat ucapan sikitlah. Taknak baca sila tutup mata. Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa dan ahli keluarga especially mak saya lah yang banyak membantu dari cash deposit dan sebagainya. Dan terimalah kasihku ini juga ditujukan kepada lecturer ku yg tersayang tak kira dah kahwin ke belum mereka memang lecturer yang paling sempoi pernah wujud di abad ini. Nak sebut nama nanti yg tak disebut kecik hati.Kemudiannya ialah terima kasih tak terhingga kepada rakan sekampus, senior, junior, skandal dan sebagainya yang banyak membantu secara langsung atau tidak dan tidak langsung membantu pun ada. terima kasih kepada anda atas bantuan dan tunjuk ajar anda.

Dilampirkan bersama laporan ini ialah beberapa keratan gambar yang ditangkap selepas majlis berlangsung. Gambar ditaja oleh kamera Timah Sementa Photography. Bersama Yoyo dan kawan, Timah, Nurul, Rizal dan adikku Nabil. Mak dengan abah tengah dating masa ni. Thanks kengkorang sudi hadiaqqq.

*sedikit terkilan tak dapat lepak dengan geng budak rumah. Masing-masing busy dengan family ;

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

3 comments:

eszyamin said...

eh sapa yg sebelah warna pepel tu..awek ek?

amira izzati said...

suweetttt! :)

ahmat faisc said...

eszyamin : itu yoyo ala dak kelas kita dlu

amira : alolo thanks ;)

Twitter

Follower setia