Tuesday, August 14

Majlis berbuka puasa bersama Zizan, Johan dan Kaka Azraff

Assalamualaikum salam sejahtera pada anda semua. Berjumpa kita  lagi ya. Okay diingatkan kepada anda Ramadhan kini sudah sampai ke penghujungnya. Jangan lalai jangan leka untuk memecut merebut segala ganjaran yang ada kerana Ramadhan tahun hadapan belum pasti untuk kita. Peringatan untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri juga.

Alright, al-kisah hari ini mengisahkan tentang kisah aku mendapat jemputan untuk ke Majlis Iftar bersama Zizan Razak, Johan As'ari dan juga Kaka Azraff (Bawaku pergi) yang diadakan di Space U8, Shah Alam. Cakap sikit tentang Space U8 Mall Shah Alam ni. Aku tertarik dengan surau dia yang cantik. Best gila kalau semua mall ade surau yang besar. OK itu je.

Sedikit tentang majlis. Majlis ini diadakan juga untuk meraikan golongan anak yatim dan kurang bernasib baik. Majlis anjuran Wireframe Ent. dan juga Zizan FC ini juga berjalan dengan lancar termasuk persembahan dari mereka bertiga.

Bercakap tentang Zizan, Alhamdulillah aku tengok rezeki beliau semakin melimpah ruah dan dia pun sangat ramah dengan peminat-peminatnya. Kaka Azraff pula sangat cool sporting plus manja-manja sebiji macam auntie nya, Ella. Johan As'ari pulak, memang best. Masa tengah makan buka puasa ingatkan dorang pasang azan radio, rupanya Johan yang azan. Respect!

Itu je nak berleter, tengok gambar tau. Thanks melawat blog ini :)

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, August 9

Arsenal Asia Tour 2012

Assalamualaikum lah ye untuk anda dan anda. Wahh dah lama gila rasanya tak update blog ade la dlm 2 bulan lebih sampai ada yang bertanya. tapi tak ramai la yang bertanya pun sebab bukan famous pun aku ni ha. cuma kawan-kawan yg selalu lalu lalang kat blog ni je bertanya.

Ok sekarang kehidupan makin best, tenang, tambah-tambah di bulan Romadhonnn ni kan. Syukur dapat juga kita sampai ke bulan puasa. Dah 10 malam terakhir dah pun. Cuma ada masalah kewangan sikit la untuk raya harap-harap company bagi gaji advance lah Insyallah sama-sama doakan.

Alright sebenarnya lama tak update sebabnya dah takde camera, dah jahanam. So nak pos apa-apa kenalah ada gambar baru orang percaya. Takde gambar takde la pos baru ye idak? Ok lah ni ada lah gambar hari tu yang aku pergi tengok Malaysia XI lawan Arsenal. Untuk pengetahuan adik-adik saya peminat tegar Arsenal okay.

Saya pergi tengok dengan Jalal, Benchot dan Sham. Tiket di sponsor. Hihi

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Okeh nak ulas sikitlah. Mesti ada yang cakap apa la orang Malaysia tapi pakai baju Arsenal tak patriotik langsung. Banyak mulut-mulut aku dengar cakap camtu termasuk dari mak aku sendiri. Haha. tapi bagi aku kalau nak cakap patriotik itu pastikan diri sendiri pergi stadium sokong Malaysia lawan baru boleh pertikaikan. Ini tidak, Malaysia lawan pun tak pernah pergi tengok cakap orang tak patriotik.

Walaupun pakai baju Arsenal, aku tetap sokong Malaysia. Banyak game Malaysia aku pergi tengok kat stadium. Bukan macam orang yang mengata itu ini soal patriotik bila menang puji melambung bila kalah hina bagai. Itu lagi tak patriotik. Okay tak marah, nasihat. Ada baki gambar sikit. Bye and thanks !

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Twitter

Follower setia