Sunday, February 5

10 perkara tentang AHMAT FAISC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terima kasih pengerusi majlis.Jumpa lagi kita.Kali ini takde dah la cerita sedih.Mungkin akan-akan datang baru ada.Kali ini nak bagitahu anda 10 perkara tentang aku.Tak kira la kau orang nak tahu ke tak.Nak post jugak tak kira tak kira ! :p

1. Ehem..bagitahu asal-usul dulu lah.aku selamat dilahirkan pada 10 Jun 1990 kat hospital daerah tanjung malim perak and now stay at selangor.sejak kerja ni sewa rumah sebijik lagi ngn kawan2 kat sri kembangan.


2. Ehem lagi.bab kehidupan sikit.Aku bukan perokok. yes! memang tak merokok.kalau gadis2 mesej dorg selalu tanya merokok ke tak.memang suka aku kalau gegirl tanye begitu.jawapnye tak lah.walaupun orang kata tak macho tak isap rokok, ape aku kisahkan.


3. Sikit pasal pendidikan.bulan 10 lepas (2011) aku baru habis pengajian kat kolej poly-tech mara ipoh.diploma in multimedia je.setahun lepas tu nanti baru konvo.buat masa ni ada jugak terasa nak sambung degree tapi belum ade rezeki maybe.doakan aku lah ye!

4. Next is aku seorang kidal.tapi yang peliknya aku kidal menulis je.buat benda lain macam main badminton,pingpong, bowling sume tangan kanan.pelik je.lagi satu benda yg best masa sekolah ngn kolej dulu bila org tengok tulisan tangan aku mesti dorg cakap macam tulisan perempuan.HAHA.terasa comel 10 minit masa tu.


Photobucket

Gambar sekadar hiasan : bersama puteri and janet masa zaman belajar dulu.lama sangat dah.gambar pun dah kotor-kotor dah.rindu mereka dan rakak-rakan lain.


5. Bab sukan pulak.masa sekolah dulu-dulu sangat layan main takraw.form 4 dulu dapatlah merasa 1st runner up peringkat daerah.oke lah tu.siap masuk website sekolah lagi masa tu.kelas kau jahh.tapi bila dah berumur ni jgn cakap nak main, nak stretching pun sangat malas.

6. Hmm lagi.sejak kebelakangan ni sangat minat tengok kasut-kasut.tapi serius masa belajar dulu ada sepasang je kasut jalan.sedih pakcik.masa belajar mana ada duit.harap duit mara lepas beli nasik bujang je.tapi bila dah kerja ni aku dah set 1 bulan 1 kasut.HEHE tapi bulan ni mcm ada gaya-gaya nak masuk 2 pasang je.

7. Masuk pulak bab harta.seriously harta yang sebenar-sebenar harta aku ada just family aku je.kalau cerita salasilah adik beradik aku agak complicated sikit.cukup lah orang tahu aku ade mak, abah, along, nabil n adik perempuan yang bakal berkahwin tak tahu bila.tapi dah tunang dah.Itu je harta aku.buat masa ni takde kereta, rumah banglo mahupun perempuan simpanan.


8. Seperkara lagi lah pasal minat ni, kalau dulu masa sekolah suka main takraw.tapi sekarang minat gile babing main bowling.dulu masa sem 5 ade gap kelas terus gi ipoh parade main bowling.murah lak situ.situ je tempat terbaik kat ipoh.main tempat lain boleh patah middlefinger dibuatnya.best kot main bowling leh release tension.kalau pasangan yg baru bercerai main bowling mesti terus dapat awek baru.


9. Makan-makan lak.kepada kawan yang selalu lepak makan tahu lah benda ni.aku tak makan sayur.mereka yang selalu lepak kedai makan selalu la dengar,' bang nasi goreng kambing taknak sayur kay '.one more thing is aku tak makan durian.tiap kali aku cakap tak makan durian feedback lazim yg aku dapat..'rugilah kau'.pnah la try masa kecik sebesar setengah kuku.memang takleh nak masuk la durian.


10. Ok lastly aku ni sangat teringin untuk gi oversea.biarlah orang cakap dalam malaysia pun tak habis round lagi.inikan pulak nak gi overseas.takpe lah.tu cakap orang.mak aku cakap, kamu kumpul la duit fais pastu gi la melancong.insyallah akan aku kumpul utk bawak mak aku sekali.dapat gi europe, perghhh! berangan dulu.


okay rakyat jelata semua yang tak berapa nak baca blog cikai ini, hamba mohon pengunduran diri untuk masuk ke kamar tidur memandangkan sekarang pun dah jam 5 pagi.jumpa lagi dan terima kasih!


2 comments:

eszyamin said...

haha..tak mkn durian rupenye hang..

i z a t m a n i s said...

eleh, tau dah sume ni :)

Twitter

Follower setia