Tuesday, March 27

trend baru di FB & Twitter

Assalamualaikum pembaca sekalian alam. Thanks masih sudi mengelick blog murahan tanpa iklan ini. Hehe. Sebenarnya sekarang ini banyak sangat masa free memandangkan kerja pun belum banyak lagi. So boleh la update selalu sampai orang rimas. HEHE

Isu yang nak dikupaskan hari ini ialah trend baru di FB mahupun Twitter. Tak tahu dari mana dapat budaya ini saya pun tak pasti. Sekarang ini ramai sangat yang sanggup menangguhkan masa makan mereka dalam 10 saat semata untuk mengupload gambar makanan mereka. HUHU. Aku cakap camni sebab semalam dalam friend list FB aku yang tak ramai tu nak dekat 10 makanan jugak lah yang lalu kat 'News Feed' aku tu. Yang bestnya banyak makanan western je. Cuba kalau makan nasik bujang, mau dua tiga kali fikir baru share. KANNN? Mesti korang pernah buat jugakkan. Aku tak cakap salah. Sebab aku pun pernah buat ;))

Berkenaan dengan topik ini aku share lah gambar makanan yang aku beli tadi kat pasar malam putrajaya area masjid besi tu. Macam biasalah favorite aku, yong tau fu. wajib! kalau pergi KL Central confirm naik food court terus cari yong tau fu. Banyak jugak makanan best2 kat pasar malam tadi. Dah beli itu ini mulalah nampak kebab lah, ayam percik lah. Minggu depan lah balas dendam. Bye semua !


Photobucket



1 comment:

Twitter

Follower setia