Sinopsis filem Berani Punya Budak arahan Afdli Shauki :
Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di
lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana
disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan
mengenai kehidupan abang iparnya.
Pairot
baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan
menguruskan perniagaan restoran bersama
dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk
melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan
daripada syarikat kad kredit.
Pairot
telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong
dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa
melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian,
perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai
penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana
bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.
Kedua-dua
mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan
presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak
atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam
situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan
bukan oleh orang yang mereka sangkakan.
Adakah
mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?
No comments:
Post a Comment