Friday, April 13

impian tercapai

Assalamualaikum semua ya rakan.bertemu lagi lahhh kat sini.Alhamdulillah tempoh hari aku dapat jemputan mewakili Johan FC utk menonton filem Berani Punya Budak arahan Afdlin Shauki.Cerita tu memang lawak tahap dewa lah.Sebab asalnya cerita tu bahasa Thai tapi Adflin Shauki menggunakan kekreatifan die mengalih bahasa Thai tu ke bahasa Melayu. yang lawaknya dialog tu memang kena dengan gerak mulut die.memang lawak gila cerita ini.Untuk korang yang nak tengok cerita yang boleh buat korang gelak dari mula sampai habis ini lah ceritanya Berani Punya Budak di pawagam 26 April 2012.

Mengenai tajuk impian tercapai di atas, hehehe. sebenarnya dari umur aku belasan tahun aku minat gila kat Dira Abu Zahar. Ala, pengacara Melodi tu. dari dulu aku minat die masa jadi Anggun dalam cerita Merah Putih tak silap aku tajuk die.memang dari dulu teringin nak jumpa dia.selama ni nampak artis lain macam biasa-biasa je kecuali Lisa Surihani.tapi bila aku nampak dira ni.excited die lain macam.lama gila kot minat dia.nampak die terus aku gi kat dia mintak tangkap gambar.nak tengok kan? nah.

Photobucket
Inilah Dira yang cun melecun I love u.huhuhuhu


oke sambung balik cerita tadi.masa preview filem tu turut hadir ialah Awie, Riezman, Afdlin selaku pelakon utama.Ada juga artis-artis lain yg datang bagi sokongan seperti Amir Raja Lawak, Datuk Eizlan Yusoff dan ramai lagi.

Macam biasa kalau ada preview-preview ni ramai blogger akan dijemput memandangkan blog-blog kini memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi kepada anda di luar sana.cewahhh.Antara blogger yang hadir Nisa Kay. Nisa agak famous dikalangan blogger dan merupakan kawan rapat kepada housemate aku.


Photobucket
inilah nisa kay ;D


Oke penat taip panjang2. Kat ofis ni ha, walaupun hari sabtu sebab kerja banyak.curi masa nak update blog kejap.Nak baca sinopsis filem Berani Punya Budak klik SINOPSIS, untuk trailer klik lah TRAILER. dan banyak lagi gambar di bawah.scroll saja oke.Siap ada amir tu yang tak tahan tu. Bye semua.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket






2 comments:

daud said...

aku ngan amir sape lagi tingi??kekeke

ahmat faisc said...

daud, aku rase ko lagi tinggi dohh.huhu

Twitter

Follower setia