Friday, April 20

makan malam bersama artis naungan astro

assalamualaikum tuan dan puan semua.rasa lama tak update blog kan.hahaha.bangun pagi ini kena lah mulakan hari kita dengan perkara-perkara positif dan buangkan segala sampah yang ada dalam fikiran kita.buang jauh-jauh ! bangun-bangun ucap alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menarik nafas dan menatap alam bumi yang indah ini.

cakap pasal alhamdulillah.alhamdulillah baru-baru ini aku dijemput untuk hadir ke majlis makan malam untuk meraikan artis naungan astro yang telah berjaya merangkul anugerah di ABPBH baru-baru ini yang diadakan di Sunway Resorts and Spa. artis tersebut ialah Johan, Hafiz, Zizan dan Aaron Aziz. aku dapat jemputan dari keluarga Johan sendiri untuk sama-sama meraikan majlis itu. pada malam itu first time lah aku dapat sampaikan ucapan tahniah untuk Johan secara langsung.sebelum ini sms je.

pada majlis itu turut hadir ialah Pak Nil, Datuk Yusof Haslam dan isterinya selain jemputan-jemputan VVIP yang lain. pada majlis itu juga bersama turut meraikan ulangtahun hari jadi Zizan dan juga isteri kepada Aaron Aziz yang sangat cantik.mari tengok gambar sikit ya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

itulah sedikit sebanyak gambar sekitar majlis.banyak lagi sebenarnya gambar yang cantik-cantik dan standard wartawan majalah hiburan.tapi itu untuk page yang aku dan juga family johan kendalikan iaitu FACEBOOK : JOHAN FC. susah jugak jadi photographer hiburan ini bila sebelah kita ada lagi berpuluh photographer yang lain.tapi takpe aku dah biasa dah sikit.

oke tak lupa jugak nak ucap thanks kepada syam yang sudi ikut aku ke majlis ini.dan syam agak rajin pergi tangkap-tangkap gambar.tu yang aku suka tu.taklah aku bawak untuk duduk makan je kan.dan tiap kali bawak kawan-kawan suka aku tengok reaksi mereka bila ada antara artis yang first time mereka jumpa.macam syam ni dari hari tu cakap nak tangkap gambar dengan johan.akhirnya dapat jugak.nanti ada event lain ingat nak bawak semua housemate itupun kalau koata cukup la.selalu jemputan dapat untuk 2 orang aje.

orite dah cerita panjang dah masa ini.best jugaklah majlis ini walaupun takde persembahan ke ape.yang penting makan tu ada.5 star hotel punya makan memang berselera aku lah malam tu.kalau pergi hotel aku memang jaranglah sentuh nasi sebab nasi kat warung cik senah pun ada kan.so aku makan western je.hahaha.oke lah penat dah taip panjang-panjang.lastly nak ucapkan sekali lagi tahniah kepada abg Johan lepas dinobatkan selaku artis lelaki komedi paling popular abpbh 2011 baru-baru ini.johan je yang layak untuk menerima anugerah ini.dan setiap majlis johan yang aku pergi mesti nak tangkap gambar jugak dengan dia.hehe makin sayang pulak.hehehe amboi! oke kepada anda semua teruskan mendengar JOHARA pagi Era.ERA kini hanya memainkan muzik hits terbaik.hahaha iklan boss kejap.tengok gambar dan bye !

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Upcoming post : Video sepanjang majlis ini

1 comment:

PemilikCahaya said...

amboi kemain hang..sonok ngat kan? tingin nak jumpa siti nuralija saja...

Twitter

Follower setia